Soalan lazim (FAQ)
1. Bolehkah data saya diselamatkan ?
- Bergantung kepada tahap kerosakan storan anda atau sejarah data anda. Kami akan melakukan pemeriksaan asas untuk mengenal pasti sama ada data anda boleh diselamatkan terlebih dahulu. Statistik keberjayaan kami mendapatkan data pelanggan melebihi 90%.
- Minimum 7 hari. Bagaimana pun bergantung kepada saiz dan tahap kerosakan hard disk anda. Anda boleh menghubungi kami untuk mengetahui status data anda. Rujuk Tempoh Masa.
- Bergantung kepada sejarah format atau tempoh data anda terpadam. Dalam kebanyakkan kes sebegini data anda hanya boleh diperoleh kembali secara "file type" iaitu mengikut jenis dan format file anda seperti gambar, video, lagu, dokumen dan sebagainya. Storan yang telah diformat berulangkali menyukarkan untuk mendapatkan data seperti asal.
- Dinasihatkan supaya segera berhenti menggunakan storan yang telah terformat untuk meningkatkan kebarangkalian data anda boleh diselamatkan seperti asal.
- Ya. Tertakluk kepada Terma & Syarat. Tetapi kos penghantaran ke pihak kami ditanggung oleh pelanggan.
- Untuk storan yang gagal diselamatkan datanya, kos penghantaran semula storan akan dikenakan mengikut lokasi pemulangan. Tiada kos perkhidmatan dikenakan.
- Boleh. Dalam tempoh 24 jam selepas kami menerima storan anda. Selepas tempoh itu cas perkhidmatan RM20 akan dikenakan.
- Kos penghantaran semula storan yang dibatalkan permintaan akan dikenakan mengikut lokasi pemulangan.
- Kami akan memastikan integriti data terpelihara tepi tertakluk pada Penafian di bawah Terma & Syarat.
- Bayaran yang dikenakan adalah berdasarkan saiz storan anda dan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data anda sama ada secara "Direct Recovery" iaitu minimum RM60 untuk <500Gb atau "Logical Recovery" iaitu minimum RM70 untuk <160Gb. Rujuk senarai harga.
- Kaedah yang digunakan adalah bergantung kepada masalah storan anda. Kaedah Direct Recovery hanya untuk storan yang tiada kerosakan fizikal dan tidak boleh mendapatkan data yang dipadamkan atau diformat. Kami akan menghubungi anda kaedah yang akan digunakan selepas melakukan pemeriksaan asas.
- Rujuk page Servis untuk pemahaman.
- Tidak. Ianya PERCUMA. Ia merangkumi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Rujuk Terma & Syarat.